fbpx

Tidak timbul isu kedaulatan terancam, kemasukan pelajar Rohingya ke IPT – Khaled Nordin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Khaled.

PUTRAJAYA – Tidak timbul isu kedaulatan terancam dalam keputusan sebuah universiti awam menerima kemasukan pelarian Rohingya melanjut pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT) tempatan di negara ini.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Malaysia sebagai negara bertamadun sentiasa terbuka dalam memberi kemudahan kepada pelarian itu dalam mendapatkan pendidikan di negara ini.

“Tak ada timbul (isu kedaulatan), soalnya, kita sebahagian daripada negara bertamadun adalah juga diharapkan untuk bantu mereka yang menjadi pelarian.

“Kita tahu masa depan dia bergantung sama ada dia boleh dapat ilmu atau tidak,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Program Semarak Siswa Madani di sini hari ini.

Beliau berkata demikian, selepas diminta memberi pendapat berhubung kegusaran rakyat tentang kemasukan pelarian Rohingya di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dalam negara.

Terdahulu, media melaporkan, Penasihat Kementerian Pengajian Tinggi, Prof Emeritus Dr. Morshidi Sirat, dilaporkan berkata pelarian Rohingya yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi, akan dapat berbuat demikian tidak lama lagi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Peluang melanjutkan pengajian untuk pelarian itu akan dibiayai menerusi sumbangan Dana Qatar Untuk Pembangunan yang diterima sebelum tahun 2020, berjumlah AS$50 juta (RM231 juta).

Tambah Mohamed Khaled, selain etnik Rohingya, kementeriannya juga turut meminta Qatar supaya membantu pelarian lain termasuk Palestin dan Syria.

Dalam perkembangan lain, berhubung isu pelatih industri perlu diberi elaun yang munasabah beliau berkata, KPT tidak memaksa syarikat memberi layanan atau faedah yang sama rata antara pekerja dan pelatih industri.

“Semua sedar mereka (pelajar) bukan pekerja tetapi pelatih industri maka sudah tentu tidak wajar untuk mereka mendapat gaji atau layanan sama (seperti pekerja tetap),” ujarnya.

Pada majlis tersebut, beliau turut menyampaikan insentif berjumlah RM2,000 kepada 31 pelajar IPT yang berjaya menyumbang pingat pada Sukan SEA ke-32 di Kemboja pada Mei lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI