fbpx

Jika UMNO-DAP dituduh kafir, tapi Pas-DAP pula satu anugerah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dusuki Ahmad.

PETALING JAYA – Pas yang pernah bersama DAP dalam tiga siri Pilihan Raya Umum (PRU) 1999, 2008 dan 2013 telah membuahkan hasil apabila Pas beroleh kemenangan tertinggi.

Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Datuk Dusuki Ahmad berkata, ketika itu Pas menyatakan bahawa bersama DAP itu adalah anugerah Allah kepada mereka. Tetapi apabila UMNO bersama DAP mereka tuduh kafir.

“Pas pernah berpelukan dengan DAP dalam PRU 1999, 2008 dan 2013. Hasilnya Pas beroleh kemenangan tertinggi. Pas berkata bahawa bersama DAP itu adalah anugerah Allah kepada Pas. Tetapi apabila UMNO bersama DAP mereka tuduh kafir pula.

“Sejarah UMNO tidak pernah bekerjasama dengan DAP melainkan selepas PRU-15. Itupun melalui kerjasama BN dengan PH kerana maslahah menyelamatkan masa depan UMNO,” tulisnya di Facebook rasminya hari ini.

Tambah Dusuki, andainya Perikatan Nasional (PN) (Pas dan Bersatu) berkuasa dan UMNO/BN yang hanya mempunyai 30 anggota parlimen menjadi pembangkang, maka cita-cita Bersatu hendak membunuh UMNO mungkin berhasil.

“Masalah sekarang mengapa tidak tanya Pas apa hukum kerjasama Pas dengan parti Gerakan sedangkan Gerakan juga adalah parti kaum Cina dan sejarah Gerakan adalah pencetus Perisiwa 13 Mei kira-kira 50 tahun dahulu?” soalnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI