fbpx

Laici 100 kilogram jadi hiasan majlis perkahwinan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengantin perempuan bergambar dengan hiasan laici di majlis perkahwinannya. - Tran Thi Minh Toan

HANOI, VIETNAM – Seorang wanita di wilayah Bac Giang, Vietnam menggunakan kira-kira 100 kilogram buah laici sebagai hiasan pada majlis perkahwinan anak perempuannya, lapor laman berita VN Express.

Tran Thi Minh Toan menggunakan buah tersebut sempena musim laci di Bac Giang.

Menurut Minh Toan, dia ingin membantu petani tempatan dengan membeli buah laici dalam kuantiti yang besar selain mempromosikan produk pertanian wilayah berkenaan.

“Saya tidak menyangka akan menerima respons sebegini,” kata wanita itu, merujuk kepada pujian daripada tetamu yang menghadiri majlis perkahwinan anaknya.

Bagi memastikan buah-buahan itu kekal segar, keluarga Minh Toan merenjis air ke atas hiasan buah laici itu setiap 15 minit.

Keluarga pengantin juga memberikan buah laici sebagai hadiah kepada tetamu yang hadir ke majlis tersebut.

Majlis perkahwinan itu menjadi tular di laman media sosial dengan ramai pengguna memuji idea berkenaan.

“Idea yang sangat hebat dan kreatif,” kata seorang netizen. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI