fbpx

Everton yakin miliki kelebihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EVERTON mempunyai tempoh rehat yang lebih berbanding United menyebabkan mereka yakin mampu mengatasi pasukan itu malam ini. – AFP

LIVERPOOL – Pengurus Everton, Carlo Ancelotti mendakwa pasukannya mempunyai kelebihan dari aspek fizikal menjelang aksi menentang Manchester United malam ini.

Kedua-dua pasukan kini sangat dahagakan kemenangan apabila The Toffees gagal meraih kemenangan dalam tiga aksi sebelum ini, manakala United pula tewas kepada Arsenal dan Istanbul Basaksehir pada dua aksi sebelum ini.

Everton sebelum ini tewas 1-2 kepada Newcastle pada aksi hujung minggu lalu tetapi mereka mempunyai kelebihan kerana mampu untuk membuat persiapan sepanjang minggu ini untuk bertemu United.

Ancelotti, 61, percaya tempoh seminggu telah digunakan sebaik mungkin untuk membuat persiapan rapi, namun United sedikit kepenatan kerana baharu sahaja pulang daripada Istanbul untuk beraksi dalam Liga Juara-Juara.

“Ia adalah kelebihan kepada kami. Seperti yang saya cakap sebelum ini, pasukan-pasukan besar berdepan jadual perlawanan yang padat dan ia memberikan mereka kesukaran.

“Saya fikir kami telah melakukan tugas dengan baik ketika perlawanan berlangsung setiap tiga hari tetapi untuk aksi bertemu United, saya rasa kami mempunyai kelebihan dari aspek fizikal.

“Kami mempunyai tempoh rehat yang cukup serta kecergasan para pemain juga berada pada tahap yang baik berbanding United yang baharu berdepan perlawanan menentang Istanbul Basaksehir,” katanya.

Everton berjaya mempamerkan aksi memukau musim ini apabila meraih kemenangan dalam tujuh aksi pertama dalam semua kejohanan untuk berada di puncak liga selain mara ke saingan suku akhir Piala Liga Inggeris.

Bagaimanapun, mereka kini berada di kedudukan keempat liga selepas kemarau kemenangan dalam tiga aksi sebelum ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI