fbpx

Notis temu siasat pemilik Mclaren sudah dikeluarkan -JPJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan mewah jenis McLaren yang dipandu suami pelakon tular baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sudah mengeluarkan notis temu siasat pada pemilik kenderaan mewah yang mempamerkan nombor pendaftaran kenderaan lain tular baru-baru ini.

Timbalan Pengarah JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Erick Jusiang berkata, pihakya akan mengarahkan notis panggilan temu siasat dikeluarkan terhadap pemilik kenderaan itu bagi membantu siasatan.

“Kita sudah buat semakan di aplikasi MySikap dan mendapati nombor pendaftaran McLaren itu tidak sama dengan pemiliknya di MySikap dan siasatan lanjut masih berjalan.

“Saman masih belum dikeluarkan dan semua ini masih dalam proses siasatan. Kami sudah keluarkan notis temu siasat kepada pemilik kereta tersebut,” katanya pada sidang akhbar Op Pemandu Warga Asing di ibu pejabat JPJ WPKL, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai kesalahan yang dilakukan pemandu terbabit, Erick memaklumkan adalah salah buat pengguna jalan raya menggunakan nombor pendaftaran kenderaan lain.

“Dari segi ubah suai kenderaan pula, semuanya perlu melalui proses siasatan dahulu sebelum tindakan (saman) dilakukan,” katanya.

Terdahulu, tular suami pelakon mempamerkan nombor pendaftaran ‘QPA 1’ pada kenderaan McLaren dikatakan miliknya sehingga menimbulkan syak wasangka orang ramai, baru-baru ini

Lelaki itu turut mendakwa hanya menggunakan nombor pendaftaran yang tular berkenaan untuk tujuan mengambil foto kenangan bersama isterinya dan tidak digunakan di atas jalan raya.– KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI