fbpx

Pintu hati saya untuk Hafidz sudah tertutup – Shuhada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHUHADA

SHAH ALAM – Isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada sentiasa berharap kemelut rumah tangga dengan suaminya yang sudah berlarutan selama lima bulan berakhir segera dan baik.

Menurut pemilik nama penuh Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, dia sudah bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan yang berlaku dan percaya dengan aturan hidup Allah SWT.

“Allah permudahkan urusan hari ini dengan melancarkan segala hal. Saya sudah bersedia (bercerai) sebenarnya untuk sebarang kemungkinan hari ini.

“Memang saya harap berakhir hari ini tetapi saya percaya semua yang berlaku adalah kehendak Allah.

“Namun apabila kemelut ini belum berakhir, banyak perkara yang tergantung termasuk pendaftaran anak sekolah. Jadi, harapnya semua berakhir dengan segera,” katanya selepas prosiding pengesahan lafaz cerai,di sini, hari ini.

Mengenai kenyataan Hafidz mengenai dirinya sudah beberapa kali meminta cerai, Shuhada menjelaskan suaminya adalah punca kemelut ini berlaku.

“Kalau seorang isteri minta cerai, pasti ada sebab. Kalau hidup bahagia, dibelai dan disayangi suami, pastinya tidak berlaku. Jadi, puncanya dari mana?

“Puncanya daripada dia (Hafidz) dan sudah mengaku serta akan buat pengesahan mengenai hubungannya dengan wanita tersebut.

“Jadi semua orang boleh tahu sebenarnya apakah punca berlakunya perceraian antara saya dan dia,” ujarnya.

Ditanya sama ada terdapat kemungkinan akan berbaik dengan Hafidz, dia memberitahu pintu hatinya sudah tertutup dan berharap segala-galanya akan segera berakhir dengan baik.

“Selepas semua yang berlaku, pintu hati saya sudah tertutup dan mahu tamatkan semuanya. Dia yang pilih dan membentuk jalan ke arah ini.

“Sepatutnya berakhir dalam keadaan baik tetapi untuk berkawan baik dengan bekas suami mungkin tidak,” katanya yang ditemani oleh peguam syarie, Nurfarhana Abd Manaf hari ini.

Hari ini, mahkamah menetapkan 27 Julai depan sebagai tarikh baru bagi prosiding lafaz cerai pasangan berkenaan selepas plaintif dan defendan selesai memberi kenyataan secara bertulis serta lisan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI