fbpx

Dr. Zaliha Mustafa zahir rasa dukacita pada mangsa korban ribut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN rumah serta sekolah penduduk di sekitar Segamat yang terkesan akibat ribut malam semalam.

SEGAMAT – Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa menzahirkan rasa dukacita kepada mangsa yang terkorban dalam kejadian ribut di Kampung Tahang Rimau, di sini semalam.

Dr. Zaliha yang juga Ahli Parlimen Sekijang berkata, beliau menerima berita dukacita pagi ini daripada Pusat Khidmat Rakyat Parlimen berkenaan bencana ribut yang melanda kawasan sekitar Segamat.

“Bencana ini telah mengorbankan seorang wanita dan mengakibatkan kerosakan harta benda kepada penduduk sekitar Segamat.

“Salam Takziah buat keluarga mangsa. Saya kini dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur ke kawasan (Segamat).

“Mohon doa daripada rakyat Malaysia agar urusan warga Sekijang dipermudahkan,” katanya.

Beliau dijangka melawat keluarga mangsa korban di Kampung Tahang Rimau, Kampung Gubah, Kampung Jawa dan beberapa penjaja yang terkesan akibat ribur di Bandar IOI, di sini hari ini.

Terdahulu, seorang wanita menemui ajal apabila dihempap bumbung sebuah sekolah dalam kejadian ribut di Kampung Tahang Rimau di sini malam tadi.

Dalam kejadian pada pukul 7.41 malam itu, mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai V. Mahadevi, 55.

Difahamkan, insiden malang itu berlaku ketika kejadian ribut sebelum bumbung Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Seg Hwa diterbangkan angin dan menimpa kediaman mangsa yang terletak berhampiran institusi pendidikan terbabit.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI