fbpx

Pesta Durian Pulau Pinang tarik hampir 50,000 pengunjung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norlela ketika berucap di Majlis Perasmian Penutupan Pesta Durian dan Agrofest, Pulau Pinang, Ahad lalu.

BUKIT MERTAJAM – Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk menikmati sendiri kelazatan durian Musang King, Hati Merah, Ang Hae, Ho Lor, Gan Ja dan Duri Hitam di Program Love Penang Agrofest @ Pesta Mengkuang 2023, di sini.

Program yang berlangsung selama tiga hari bermula dari 16 hingga 18 Jun di tapak Projek Pembinaan Masjid Mengkuang Titi itu berjaya menarik lebih 50,000 pengunjung dengan kutipan jualan melebihi RM1 juta.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi dan Keselamatan Makanan, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan negeri, Dr. Norlela Ariffin, program ini merupakan kesinambungan program anjuran kerajaan negeri yang dahulunya dikenali dengan nama Penang Agrofest.

“Antara aktiviti menarik kali ini ialah penganjuran Pesta Durian Pulau Pinang yang menawarkan harga durian istimewa untuk rakyat negeri Pulau Pinang serta para pelancong.

“Pada tahun ini, pertandingan durian pula telah mencatatkan penyertaan seramai 118 peserta yang bertanding dalam pelbagai kategori.

“Antara pertandingan yang dijalankan ialah Pertandingan Durian Klon Terbaik 2023, Juara Antara Juara Durian Wilayah Utara, Pertandingan Durian Kampung Terbaik, Pertandingan Memasak Pengat Durian dan Jus Durian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis penutupan program yang disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak.

Tambah Norlela, Jualan Agrofest Rahmah turut diadakan sepanjang tempoh program berlangsung.

“Objektif utama jualan ini adalah untuk memastikan barang-barang yang dijual sampai secara terus kepada golongan sasar.

“Kami berharap, jualan ini juga dapat membantu meringankan kos sara hidup rakyat dan memberi manfaat kepada golongan kurang berkemampuan yang terkesan dengan kenaikan kos sara hidup,” katanya.

“Di samping itu, terdapat juga pelbagai aktiviti kemasyarakatan seperti acara sukan rakyat, forum agama, sesi bersama Ikon Pemain Bolasepak Negara Faisal Halim dan Kenduri Rakyat Keluarga MADANI.

“Semua aktiviti ini menjurus kepada penglibatan komuniti melalui kerjasama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Kawasan Rukun Tetanggga (KRT) serta Pengurusan Jawatankuasa Masjid sekitar gugusan Mengkuang,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI