fbpx

Hujan lebat di lima negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan hujan lebat dan ribut petir di lima negeri pada pagi ini.

MetMalaysia dalam kenyataan melaporkan, hujan lebat dan ribut petir itu melibatkan satu dua tempat di kawasan pantai di Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka.

“Selain itu, hujan dilaporkan di Sarawak
pada pagi ini melibatkan satu dua tempat di Sri Aman dan Kapit,” katanya dalam kenyataan pada laman web MetMalaysia hari ini.

Mengulas lanjut, tiada hujan direkodkan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Johor.

“Selain itu, di Sabah tiada hujan di Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan, Kudat dan Labuan, manakala di Sarawak tiada hujan di Kuching, Serian, Samarahan, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu, Miri dan Limbang,” kata kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI