fbpx

Ahmad Nazri dilantik Pengerusi Pertama Digital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA –  Pertama Digital Berhad (Pertama Digital) mengumumkan pelantikan Datuk Ahmad Nazri Abdullah sebagai Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif baharunya berkuat kuasa serta-merta. 

Pelantikan tersebut dibuat bagi menggantikan Tun Zaki Azmi yang bakal menjawat jawatan Ketua Hakim Mahkamah Komersial Dubai turut dilantik semula sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Pertama Digital.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, Ahmad Nazri berpengalaman luas dalam bidang teknologi dan sektor awam yang akan membantu syarikat bergerak ke hadapan dalam pengembangan serta pelaksanaan serta barisan perniagaan baharu dalam tempoh lima tahun akan datang.

Beliau kini memegang jawatan sebagai Pengarah di International Institute of Advance Islamic Studies, Pengarah Radicare (M) Sdn Bhd, Pengarah Pusat Pakar Universiti Malaya, Pengerusi UM Plantation dan Pengerusi Alypz Malaysia Sdn Bhd.

“Terima kasih atas peluang dan kepercayaan yang diberikan dan saya benar-benar percaya teras usaha syarikat dan sentiasa bersedia untuk transformasi digital dalam kedua-dua sektor iaitu kerajaan dan swasta.

“Fokus saya adalah untuk meningkatkan tahap syarikat ke peringkat lebih tinggi dan merangka asas baharu untuk pemegang saham serta untuk menjana keuntungan kepada syarikat,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pertama Digital, Saify Akhtar yang turut mengulas mengenai pelantikan itu berharap Ahmad Nazri akan  membawa
manfaat dan membuka peluang baharu kepada syarikat untuk hala tuju yang lebih baik.

“Kami teruja dengan perubahan yang berlaku di syarikat sambil kami bersiap sedia untuk lebih banyak penembusan dalam landskap ekonomi dan digital tempatan dan seterusnya,” ujar beliau. -KOSMO!ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI