fbpx

ME2023 kongsi sijil puncak Everest Muhammad Hawari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sijil dikeluarkan Jabatan Pelancongan, Kebudayaan dan Penerbangan Awam Nepal yang dianugerahkan kepada Muhammad Hawari. FOTO IHSAN ME2023

PUTRJAYA – Biarpun jasadnya masih gagal ditemui sehingga kini, namun kejayaannya menakluk puncak tertinggi dunia pada 18 Mei lalu tetap diiktiraf.

Hari ini, pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023), Muhammad Hawari Hashim menerima sijil pengiktirafan menandakan dia berjaya menawan puncak Gunung Everest itu.

Sijil bertarikh 19 Jun 2023 itu dikeluarkan Jabatan Pelancongan, Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Penerbangan Awam Nepal, hari ini sebelum dikongsi menerusi laman sosial rasmi ME2023.

Muhammad Hawari dilaporkan hilang sejak 19 Mei lalu (Jumaat) selepas keluar meninggalkan Kem Empat pada aras ketinggian 8,000 meter dari aras laut.

Sebelum itu, pada Khamis (18 Mei) jam 3.30 petang waktu Nepal Muhammad Hawari dilaporkan berjaya menawan puncak Everest.

Sekretriat ME2023 pada Jumaat lalu memutuskan misi mencari dan menyelamat (SAR) Muhammad Hawari akan disambung semula tahun depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI