fbpx

Jenazah bayi setahun tidak dituntut akhirnya dikebumi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dikongsi di TikTok Si Penggali Kubur hari ini.

PETALING JAYA – Proses pengebumian dua jenazah dan 10 anggota kaki yang tidak dituntut telah meruntum perasaan orang ramai.

Melalui satu perkongsian melalui laman TikTok Si Penggali Kubur, satu jenazah dipercayai meninggal akibat Covid-19 termasuk seorang bayi sembilan.

Jenazah-jenazah terbabit didakwa tidak dituntut selama tempoh setahun dan pemilik akaun tersebut telah menguruskan kesemua jenazah tersebut.

Bagaimanapun, tarikh dan tanah perkuburan yang digunakan bagi proses pengkebumian jenazah terbabit tidak dinyatakan secara tepat.

Rata-rata orang ramai turut mempersoalkan kenapa jenazah-jenazah terbabit tidak dituntut oleh waris masing-masing sehingga tempoh satu tahun.

“Pelik kenapa tak ada waris yang tuntut, paling kesian bayi sembilan bulan tu, sedih betul la. Mungkin jenazah itu tak ada warisnya,” tulis Izuan Abu Seman.

“Semoga semua jenazah tenang di sana. Ada sebab kenapa jadi macam ni. Diharapkan semua urusan berjalan lancar,” tulis Marziatul Razak. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI