fbpx

Enrique dikait bakal kemudi PSG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ENRIQUE dipecat daripada jawatan pengendali Sepanyol ekoran kegagalan pada aksi Piala Dunia lalu dan dikaitkan dengan jawatan di PSG. – AFP

PARIS – Paris Saint-Germain dilaporkan semakin hampir untuk mendapatkan khidmat Luis Enrique sebagai pengendali baharu pasukan itu menggantikan Christophe Galtier yang dipecat sebelum ini.

Laporan L’Equipe di Paris menyebut bahawa bekas pengendali Sepanyol itu menjadi calon mengemudi PSG selepas rundi­ngan bersama bekas jurulatih Bayern Munich, Julian Nagelsmann menemui jalan buntu.

Perbincangan bersama Enrique dikatakan sudah memasuki fasa terakhir dan kelab tersebut mungkin akan membuat pengumuman mengenai pelantikan berkenaan dalam minggu ini juga.

Sumber kelab mendedahkan bahawa rundingan tersebut dilakukan bukanlah selepas Nagelsmann menolak tawaran sebaliknya perbincangan bersama kedua-dua mereka berjalan serentak.

Dua individu berpengaruh di PSG, pemilik kelab, Nasser Al-Khelaifi dan pengarah sukannya, Luis Campos dikatakan adalah peminat tegar Enrique yang tidak melatih mana-mana kelab sejak 2018.

Laporan sebelum ini turut menyebut bahawa Campos juga cuba untuk mengemukakan tawaran kepada Pengurus Arsenal, Mikel Arteta biarpun sedar pe­luang untuk mereka mendapatkan khidmatnya sangat tipis.

Nama lain yang turut dikaitkan sebagai pengendali baharu PSG adalah Jurulatih FC Porto, Sergio Conceicao dan Marcelo Gallardo yang sudahpun me­ngadakan perjumpaan dan me­lakukan rundingan sebelum ini.

Bagaimanapun, Enrique yang dilihat berminat dengan jawatan berkenaan lebih menjadi sasaran utama PSG berbanding calon-calon lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI