fbpx

Euro 2024: Martinez akui Ronaldo masih ada kelebihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RONALDO bakal meraih kap ke-200 bersama Portugal sekiranya diturunkan pada aksi menentang Iceland awal pagi esok. – AFP

REYKJAVIK – Pengendali Portugal, Roberto Martinez mengakui sentiasa mengiktiraf sumbangan dimainkan Cristiano Ronaldo dan melabel pemain itu mampu memimpin pasukan untuk me­raih keputusan positif.

Menjelang penampilan ke-200 Ronaldo pada pertemuan de­ngan Iceland pada aksi Kumpulan J kelayakan Euro 2024, awal pagi esok, Martinez percaya peranan bintang Al-Nassr tidak boleh di­nafikan oleh sesiapa pun.

“Ronaldo adalah pemain yang cukup unik dengan merekodkan 199 kap bersama Portugal. Sikap­nya cukup hebat walaupun tanpa ada bola bersamanya.

“Dia sentiasa bekerja keras dan mengikut perancangan pa­sukan. Saya berpuas hati dan dia menjadi contoh kepada pemain lain yang turut ada cita-cita untuk jadi pemain terbaik dalam pasukan,” katanya.

Portugal kini cemerlang de­ngan rekod bersih dalam tiga perlawanan awal untuk memimpin carta Kumpulan J diikuti Slovakia dengan tujuh mata.

Pada aksi dengan Bosnia-Herzegovina, kelmarin, bintang Manchester United, Bruno Fernandes mencuri perhatian apabila menyumbangkan dua gol untuk pastikan kemenangan selesa 3-0 pasukan tersebut.

Jika diturunkan pada pertemuan dengan Iceland, Ronaldo yang melakukan debut bersama Portugal pada Ogos 2003 menentang Kazakhstan bakal jadi pemain pertama negara itu yang merekodkan 200 kap. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI