fbpx

Isu gaji minimum lepasan TVET dibincang minggu depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sivakumar (tiga dari kiri) beramah mesra dengan sebahagian warga Institut Latihan Perindustrian (ILP) pada Hari Bertemu Pelanggan peringkat Zon Pantai Timur di ILP Kuala Terengganu, Kuala Nerus hari ini.

KUALA NERUS – Kementerian Sumber Manusia (KSM) akan membangkitkan isu kadar gaji rendah dalam kalangan lepasan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam mesyuarat Majlis Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Negara (MTVET) pada akhir bulan ini.

Menterinya, V. Sivakumar berkata, ia selaras dengan hasrat kerajaan yang mahu gaji minimum lepas TVET tempatan ditetapkan pada kadar RM3,000 sebulan.

“Ia (gaji minimum) sering diberi penekanan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Kita tidak boleh bagi gaji sama antara lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan graduan TVET,” katanya di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Terengganu di sini hari ini.

Sivakumar berkata, KSM juga akan turut membangkitkan isu kurangnya minat anak muda untuk menyambung pengajian dalam bidang TVET.

Tambah beliau, pengisian program TVET agar selari dengan perkembangan industri dan pasaran kerja juga akan diberi penekanan dalam mesyuarat tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI