fbpx

Peluang kedua sentiasa ada kepada 30,000 tercicir SPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina (dua kanan) pada majlis Karnival Perpaduan Madani 2023 Sempena 'Top 10 World's Best School Prizes' di Sekolah Kebangsaan Kanchong Darat, Kuala Langat. FOTO:AFIQ RAZALI

KUALA LANGAT – Peluang kedua sentiasa terbuka untuk mana-mana para pelajar untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada masa depan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, kementeriannya tidak mempunyai sebarang halangan untuk ia direalisasikan sebagaimana yang dihasratkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, KPM juga akan melakukan intervensi untuk pelajar-pelajar yang mendapat keputusan tidak memuaskan menyertai lain-lain bidang pendidikan seperti Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

“Peluang sentiasa dibuka sebab itu kita terus sambut apa yang Perdana Menteri sebut semalam soal peluang kedua, soal menduduki (SPM) semula kita akan bantu.

“Soal untuk menentukan halatuju, bimbingan dan kaunseling kita akan bantu dan kemudahan sokongan kalau mereka memerlukan apa-apa sokongan lain. Barangkali kewangan, halatuju dan melihat kepada setiap kes, apa yang kita boleh bantu di peringkat ini,”katanya kepada pemberita selepas menghadiri Karnival Perpaduan Madani 2023 Sempena ‘Top 10 World’s Best School Prizes’ di Sekolah Kebangsaan Kanchong Darat di sini hari ini.

Fadhlina menjelaskan pelbagai intervensi boleh dilakukan untuk membantu golongan tercicir tersebut dan bukan setakat menduduki SPM semata-mata.

“Kita ada sistem pengesanan golongan ini untuk dua tahun dalam radar kita dengan banyak intervensi boleh dilakukan KPM.

“Saya bagi contohnya memperkukuhkan pelajar B40 untuk sambung pelajaran di tingkatan 6, TVET dan menduduki semula (mata pelajaran tertentu) jika ada pelajar-pelajar ingin berbuat demikian,”katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI