fbpx

Tambah baik langkah tangani isu tekanan petugas kesihatan- KKM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Zaliha bercakap kepada pemberita selepas merasmikan GACOPA di Putrajaya hari ini.-FOTO FAISOL MUSTAPA

PUTRAJAYA- Kementerian Kesihatan (KKM) sedia membuat pertimbangan untuk menambah baik langkah-langkah menangani isu tekanan dan kesihatan mental dalam kalangan petugas kesihatan.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, bagaimanapun, perkara itu boleh dilaksanakan sekiranya terdapat keperluan memandangkan langkah-langkah sedia ada ketika ini mencukupi.

“Langkah-langkah sedia ada bagi saya agak mencukupi, tapi kalau kita lihat ia perlu ditambah baik, saya pasti kita perlu lakukannya. Jadi, saya minta mana-mana sahaja petugas kita yang ada masalah emosi, tekanan dan sebagainya, kita ada ruang dan tempat untuk konsultasi.

“Saya harap semua khususnya petugas kesihatan menjaga kesihatan diri dan perkara ini tidak terus berulang, tapi apa pun kita akan lakukan siasatan dengan lebih terperinci mengenai hal ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Global Associatan of Clinical Officers and Physician Associates (GACOPA) 2023 di sini hari ini.

Zaliha berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung kejadian kematian mengejut melibatkan dua petugas kesihatan di Klang yang berkhidmat di dua fasiliti kesihatan berbeza masing-masing pada 4 dan 6 Jun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI