fbpx

Sultan Selangor perkenan bubar DUN Jumaat ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Sharafuddin berkenan menandatangani Proklamasi Pembubaran Dun Selangor yang turut dihadiri Tengku Amir Shah (kiri) dan Amirudin (kanan) di Istana Alam Shah, Klang hari ini. Foto: SHIDDIEQIIN ZON

KLANG – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memperkenan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dibubarkan berkuatkuasa Jumaat ini menerusi Istiadat Pengisytiharan Pembubaran di Istana Alam Shah, di sini, hari ini.

Ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Terdahulu, pengumumannya tersebut dibacakan oleh Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani di hadapan baginda dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari serta Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah; Speaker, Ng Suee Lim dan Ahli Dewan Diraja Selangor.

Proklamasi pembubaran DUN kemudiannya diserahkan oleh Penasihat Undang-Undang negeri, Datuk Salim Soib @ Hamid kepada Sultan Sharafuddin untuk ditandatangani baginda dan Menteri Besar.

Sultan Sharafuddin dalam titahnya, menjelaskan istiadat pembubaran tersebut dibuat lebih awal berikutan akan berangkat ke Tanah Suci, esok bagi menunaikan ibadah haji dan dijangka kembali ke tanah air pada 4 Julai 2023.

“Maka, oleh yang demikian, beta dalam menjalankan kuasa yang diberikan di bawah Fasal (2) Perkara 70 (Bahagian Kedua Bab 5) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 dan berunding dan menerima permintaan DUN Selangor daripada Menteri Besar, berkenan untuk menandatangani proklamasi pembubaran DUN yang ke-14 pada hari ini.

“Di kesempatan ini beta berpesan kepada calon-calon pilihan raya yang bakal diadakan nanti serta penyokong-penyokong mereka agar dapat menjalankan kempen yang berhemah dan bertanggungjawab serta mematuhi undang-undang,” titah baginda.

Sultan Sharafuddin turut menegaskan supaya calon-calon dan penyokong tidak memainkan isu berkaitan agama dan membangkitkan perkauman serta isu sensitif lain yang boleh merosakkan keharmonian perpaduan khususnya di Selangor.

Pengumuman terbaharu ini menjadikan empat negeri telah membubarkan DUN dengan sebelum ini adalah Kelantan, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang yang masing-masing pada 22, 28 dan 30 Jun ini. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI