fbpx

Mahkamah: Cederakan teman wanita, pemain bola didakwa hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain bola (baju biru) ketika tiba di Komplekas Mahkamah Petaling Jaya hari ini.

PETALING JAYA – Seorang pemain bola sepak profesional yang didakwa kerana menyebabkan kecederaan kepada teman wanitanya di sebuah hotel tiba di Kompleks Mahkamah di sini sebentar tadi.

Pemain berusia 30 tahun itu tiba dengan pada pukul 8.15 pagi dan di fahamkan lelaki itu akan dituduh mengikut Seksyen 323/427 Kanun Keseksaan.

Pada 8 Jun lalu media seorang pemain bola sepak itu ditahan pihak polis untuk membantu siasatan selepas disyaki mencederakan teman wanitanya di dalam sebuah hotel, di sini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada seorang wanita tempatan berhubung berlakunya perselisihan faham dirinya bersama suspek

Terdahulu, seorang teman wanita bekas pemain bola sepak kebangsaan mendakwa dirinya dicederakan oleh kekasihnya di sebuah hotel di daerah ini, baru-baru ini.

Pendedahan tersebut dibuat mangsa di akaun Instagramnya dengan memuat naik beberapa keping gambar menunjukkan tangannya cedera dipercayai akibat pergelutan bersama teman lelakinya itu.

Dalam hantaran tersebut, dia turut memaklumkan satu laporan polis sudah dibuat selepas mengalami kecederaan dipukul pemain pasukan bola sepak Liga Super itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI