fbpx

Saya tak bermimpi kan? – Azizulhasni

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azizulhasni turut berkongsi gambar bersama dua pingat emas yang dimenanginya.

PETALING JAYA – Kemenangan jaguh berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang pada acara akhir Keirin di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2023 dengan mengungguli acara keirin lelaki di Velodrom Nasional, Nilai sebentar tadi ternyata mengembirakan seluruh rakyat Malaysia.

Lebih manis lagi apabila kemenangan acara tersebut merupakan emas kedua The Rocket Pocket Man dalam kejohanan tersebut.

Menerusi akaun Facebook rasminya sebentar tadi, Azizulhasni sempat menaikkan gambar terbarunya yang sedang tidur bersama dua pingat emas tersebut.

“Alhamdulillah syukur, 12th Asian champion title (gelaran juara) dua gold medals (medal emas), ACC 2023.

“Saya tak bermimpi kan? Bagi saya masa untuk hadam semua ini dulu. Esok kita cerita okay.

“Apa-apa pun korang semua enjoy tak tengok pelumbaan tadi?” tulisnya.

Rata-rata peminat jaguh tersebut turut mengucapkan tahniah dan bersyukur di atas kemenangan tersebut dan berharap pingat emas Olimpik pertama negara bakal muncul dalam sukan terbabit.

“Tahniah Datuk, berderau tengok perlumbaan tadi. Kami nak Datuk bagi lagi harap emas pertama Olimpik disumbangkan Datuk nanti, ” kara Mat Luqq.

“Terbaik la Datuk, Shah Firdaus pun nampak ada kemajuan tu, kamu berdua memang hero kami,” jelas Saifullah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI