fbpx

Media sosial satukan kembali ibu dan anak selepas 27 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAUFI MARWAN (belakang kiri) menyambut Aidilfitri bersama ibunya setelah 27 tahun terpisah di Satun, Thailand baru-baru ini.

JITRA – Selama 27 tahun berpisah dengan ibu, tidak sesaat pun di ingatan Saufi Marwan Muhammad Hariri, 32, melupakan wanita berkenaan.

Menurut pemuda itu yang berasal dari Kodiang di sini, kematian bapanya pada 2021 menjadikan hidupnya benar-benar kosong sebelum mengambil keputusan menjejaki ibu kan­daungnya di Satun, Thailand.

“Selama 27 tahun saya hidup dengan perasaan marah kerana menganggap ibu yang meninggalkan saya. Tetapi bila ayah me­ninggal dunia, tiba-tiba perasaan rindu kepada ibu begitu mendalam.

“Isteri (Najla Zakaria, 32) ba­nyak bagi dorongan untuk mencari ibu. Saya tidak tahu di mana keberadaan ini masa itu, cuma tahu dia berada di Satun. Alhamdulillah, pengaruh dan kuasa media sosial membantu menemukan saya dengan ibu pada April 2022, sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.

Kisah pertemuan semula yang menyentuh perasan antara Saufi Marwan dan ibunya, Che An Asri, 56, tular di media sosial baru-baru ini.

Saufi Marwan yang juga seorang guru memberitahu, beliau hanya mengambil masa tiga hari untuk menjejaki ibunya yang berada di Kampung Bannangpulau, Satun melalui seorang pengguna laman Facebook dikenali sebagai Natrah.

“Kalau kita ikhlas, Allah mudahkan semuanya. Saya buat hantaran di Facebook pada 1 April 2022 dan seorang wanita bernama Natrah menghubungi saya memberitahu, dia mengenali ibu di Satun. Tiga hari kemudian, saya dapat nombor telefon ibu dan terus menghubunginya.

“Setelah bertemu dengan ibu, barulah saya dapat tahu perkara sebenar.

“Ibu pernah tiga kali datang untuk bertemu saya, namun gagal. Saya rasa bersalah sangat kerana selama ini saya menganggap dia meninggalkan saya,” katanya.

Beliau menambah, apa yang membahagiakan dirinya kini adalah beliau turut berjumpa empat lagi adik-beradiknya yang tinggal bersama ibunya di Satun.

“Hidup saya tak kosong lagi, saya ada ibu dan adik-adik. Sekarang, setiap hari saya telefon ibu dan berbual dengannya. Harapan saya kini satu nak jaga ibu,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI