fbpx

Program pengajian hibrid, anjal UPNM bermula sesi 2023/2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Mujahid (depan lima dari kiri bergambar bersama peserta yang menyertai Kejohanan Menembak 10 meter Antara Institusi Pengajian Tinggi dan Jemputan Kebangsaan di UPNM, di sini, hari ini. Foto M. Firdaus M. Johari

KUALA LUMPUR – Universiti Pertahanan Nasional (UPNM) akan menawarkan beberapa program pengajian menggunakan sistem pembelajaran hibrid dan anjal kepada pelajar bermula sesi 2023/2024.

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPNM, Prof. Datuk Dr. Ahmad Mujahid Ahmad Zaidi berkata, sebagai perintis, pihaknya menawarkan empat program pengajian melibatkan dua program di falkulti pengurusan.

Jelasnya, dua lagi program melibatkan pusat bahasa dan akademik kecergasan dan pertahanan.

“Empat program ini sebagai permulaan dan kita akan lihat apa kelemahan sistem baharu ini dan kita akan tambah baik dari semasa ke semasa dan akan diperluaskan ke program lain kelak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar hadir merasmikan Kejohanan Menembak 10 meter Antara Institusi Pengajian Tinggi dan Jemputan Kebangsaan di UPNM, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Mujahid berkata, menerusi program terbabit, tahun pertama pelajar akan berada di dalam kampus, tahun kedua kita benarkan mereka berada di luar kampus dan meneruskan pengajian secara dalam talian.

“Manakala, tahun ketiga, pelajar akan kembali ke kampus dan sebahagian mereka akan berada di luar untuk latihan industri,” ujarnya.

Sementara itu, ketika ditanya langkah KPT untuk memendekkan tempoh pengajian sesetengah program daripada empat tahun kepada tiga tahun, beliau berkata, hampir kesemua tempoh pengajian program akademik yang tidak melibatkan badan profesional di UPNM telah dilaksanakan selama tahun sejak 2018.

“Hanya program di bawah Fakulti Kejuruteraan dan Fakulti Perubatan yang melibatkan badan profesional sahaja dilaksanakan dalam tempoh empat dan lima .

“Kita sudah lama laksanakan perkara ini bermula tahun 2018 sebab kita sudah jangka keperluan tenaga kerja dan sebagainya pada masa akan datang,” katanya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai kejohonan menembak terbabit Ahmad Mujahid berkata, sebanyak 25 pasukan terdiri daripada 16 pasukan dari Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan 11 pasukan dari Majlis Sukan Negeri (MSN).

“Seramai 149 orang atlet telah mengambil bahagian di sepanjang kejohanan berlangsung.

“Penganjuran kejohanan ini merupakan acara tahunan di peringkat kebangsaan dan menjadi platform di dalam menggerakkan program Pusat Sukan Tumpuan (PST) Menembak,”ujarnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI