fbpx

Selesaikan segera isu kewarganegaraan Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Isu kewarganegaraan membabitkan rakyat negara ini dilihat semakin meruncing dan akan memberi pelbagai kesan jika tidak ditangani dengan segera.

iarpun dilahirkan di Malaysia, namun golongan ini terpaksa menjalani kehidupan membebankan.

Menurut laporan Kosmo! baru baru ini, Angeline May Soon, 17, yang juga pelapis sukan renang tidak
dapat meneruskan cita-cita mewakili negara biarpun mempunyai potensi besar.

Bukan itu sahaja, kecemerlangan Angeline dalam pelajaran tidak memberi jaminan kerana adalah mustahil untuk dia mendapatkan kerja berikutan tiada kad pengenalan iaitu MyKad.

Kerakyatan Angeline di­nafikan apabila bapanya yang merupakan warganegara Malaysia gagal mendaftarkan perkahwinan dengan wanita Indonesia.

Namun, usaha Angeline untuk mendapatkan status warganegara menjadi rumit selepas ibunya dipercayai pulang ke negara asal.

Kes seperti Angeline ini bukan lagi terpencil dan sebanyak 8,000 kes kewarganegaraan di Semenanjung direkodkan oleh Pembangunan Sumber Manusia untuk Kawasan Luar Bandar (DHRAA).

Menurut Pesuruhjaya Kanak-Kanak, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Dr. Farah Nini, perkara itu harus disemak semula memandangkan kebanyakan kanak-kanak ini boleh dimanfaatkan untuk pembangunan ekonomi negara.

Menurutnya, Malaysia mempunyai lebih 100,000 individu yang berpotensi untuk me­nyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara apabila diberi hak yang sah untuk bekerja.

“Dengan hak tersebut, individu berkenaan boleh menyara diri tanpa perlu bergantung kepada agensi-agensi berkaitan, sekali gus dapat meringankan beban kerajaan.

“Kita boleh mengambil individu tanpa kerakyatan untuk mengisi kekosongan bagi industri yang menghadapi kekurangan tenaga kerja,” katanya kepada Kos­mo! semalam.

Dr. Farah memberitahu, individu tanpa kewarganegaraan juga mempunyai maruah untuk menjalani kehidupan dengan hak sama seperti orang lain.

“Kewarganegaraan ialah satu bentuk identiti yang merangkumi nilai dan warisan seorang individu kepada sesebuah negara. Tanpa identiti, mereka kehila­ngan nilai untuk menentukan diri sendiri,” ujarnya.

Sehubungan itu, Dr. Farah berkata, kerajaan harus meneliti semula untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi memudahkan proses permohonan warganegara terutama kepada anak-anak luar nikah dan anak terbiar atau ditinggalkan.

Selain itu, jelasnya, kerajaan perlu memberikan penjelasan yang jelas untuk proses permohonan atau rayuan yang ditolak bagi memastikan hak mereka ditentukan berdasarkan amalan terbaik.

“Kementerian Dalam Ne­geri dan Kementerian Sumber Manusia perlu menubuhkan jawatankuasa untuk mengkaji pemberian hak sementara dan bersyarat untuk bekerja bagi individu tanpa kerakyatan semasa pindaan Perlembagaan Persekutuan sedang dijalankan,” ujarnya.

Sebelum ini, pada sidang Parlimen baru-baru ini, Dewan Rakyat dimaklumkan bahawa pindaan Bahagian III Perlembagaan Persekutuan membabitkan isu kewarganegaraan merangkumi lapan cadangan akan dibentangkan kepada Majlis Raja-Raja pada 12 Julai ini.

Justeru, perkara tersebut diharap dapat memberikan harapan baharu selain menyelesaikan sebahagian masalah kewarganegaraan yang dihadapi oleh ribuan rakyat ketika ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI