fbpx

Intan Serah ledak gol di bumi Uncle Sam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
INTAN SERAH (kanan) bersama rakan-rakan sepasukan di NYDL selepas beraksi menentang NYAC pada saingan WPSL AS di New York awal pagi semalam.

PEMAIN bola sepak wanita kebangsaan, Intan Serah Anisah Zulgafli mengakui dikasari pemain lawan sehingga matanya lebam sebelum dapat menja­ringkan gol pertama Liga Premier Bola Sepak Wanita (WPSL) Amerika Syarikat awal pagi semalam.

Intan Serah yang mewakili kelab New York Dutch Lions FC (NYDL) meledak jaringan pada minit ke-84 tetapi masih belum cukup apabila pasukannya tewas kepada seteru setempat, New York Athletic Club (NYAC) dengan kekalahan 1-3.

Meskipun dimasukkan sebagai pemain gantian, pemain berusia 24 tahun itu masih berjaya memberikan ancaman kepada benteng pertahanan pasukan lawan, sekali gus menjaringkan gol tunggal buat NYDL.

Menurut Intan Serah, pemain pertahanan NYAC telah mela­kukan kekasaran di bahagian mukanya sehingga menjejaskan penghilatan sebelum dapat menjaringkan gol.

“Kalau tengok rakaman semula, sebelum saya dapat bola, tangan dia (pemain lawan) hentak muka saya dan terkena mata. Selepas itu saya tidak nampak mana tiang gol tetapi masih fokus kejar bola.

“Penglihatan agak samar tetapi dalam hati saya reda dengan harapan sepakan saya itu masuk ke gawang gol. Keadaan sekarang, merah mata masih tidak hilang lagi.

“Terima kasih kepada semua yang mempercayai saya di NYDL,” kata penyerang yang diberikan jersi No. 10 pasukan berpangkalan di New York itu.

Difahamkan, Intan Serah yang telah berada di bumi Uncle Sam itu sejak minggu lalu dijadualkan bersama NYDL selama 18 hari dengan beraksi dalam beberapa perlawanan kompetitif WPSL.

Berdasarkan perjanjian asal, Intan Serah sepatutnya berada di AS selama dua bulan sejak Mei lepas tetapi tidak dapat berbuat demikian kerana komitmen bersama skuad kebangsaan yang bersaing pada Sukan SEA Kemboja 2023.

Malah, permohonan visa Intan Serah ke AS juga berdepan kesulitan dan hanya diluluskan pada minggu lepas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI