fbpx

Drebar lori liat bayar hutang, ugut lelaki ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

AMPANG JAYA – Dua lelaki yang bertindak mengugut seorang kelindan lori dengan menggunakan parang kerana tidak mahu melangsaikan bayaran selepas membeli motosikal daripada mangsa dalam kejadian di Kg. Fajar Taman Melawati, di sini ditahan polis, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, kejadian itu yang berlaku pada 11 Jun lalu berpunca apabila suspek tidak mahu membuat bayaran seperti yang dijanjikan.

“Mangsa berusia 22 tahun yang juga kelindan lori bersama rakannya telah pergi ke rumah suspek untuk menuntut bayaran jual beli motosikal berjumlah RM1,400.

“Ketika mangsa sampai, kedua-dua suspek bertindak menengking sebelum mengambil parang dan hendak menetak kepala mangsa, namun sempat dihalang rakannya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, Mohd. Azam berkata, bertindak atas maklumat, pihaknya berjaya membuat tangkapan ke atas kedua-dua suspek pada pukul 2.10 petang, semalam.

“Seorang suspek merupakan pemandu lori berusia 34 tahun manakala seorang lagi adalah penganggur berusia 20 tahun.

“Kedua-dua suspek mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan dadah dan jenayah,” ujarnya.

Tambahnya, kedua-dua suspek direman selama dua hari bermula hari ini dan kes disisasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI