fbpx

Program BizFrancais Perak 2023 sasar agih pembiayaan RM3.68 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abu Bakar (kiri) menunjukkan dokumen perjanjian pada majlis pelancaran program BizFrancais di Ipoh, Perak hari ini.

IPOH –  Perbadanan Nasional Berhad (Pernas), dengan kerjasama Seketariat Usahawan Negeri Perak (STEP)  menyasarkan potensi pembiayaan sebanyak RM3.68 juta dalam Program BizFrancais Perak 2023.

 Ipoh menjadi lokasi pertama bagi siri jelajah Program BizFrancais pada tahun 2023 dan program  ini akan diadakan di lima lokasi lain iaitu Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Johor dan Pahang. 

Pengerusi Pernas, Datuk Hazimah Zainuddin berkata, program BizFrancais telah dilaksanakan di 16 lokasi termasuk Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Kelantan, Langkawi, Johor, Melaka, Terengganu, Sabah dan Sarawak sejak diperkenalkan pada tahun 2019. 

“Program BizFrancais bertujuan untuk memperkenalkan perniagaan francais dan prafrancais serta memudahkan para pengunjung untuk mendapatkan maklumat yang ditawarkan oleh Pernas,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Koperasi dan Pembangunan Usahawan negeri, Salbiah Mohamed dan Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Pernas, Datuk Abu Bakar As-Sidek Mohd Sidek.

Menurut Hazimah, Pernas telah meluluskan sebanyak RM14.94 juta pembiayaan daripada penganjuran program BizFrancais sejak tahun 2019 hingga tahun 2022. 

Tambah beliau,  Pernas telah mengagihkan dana RM17.6 juta kepada usahawan negeri Perak bermula tahun 2004.

Sementara itu, dalam program yang sama, berlangsung sesi memorandum persefahaman (MoU) di antara Pernas dan Universiti Sultan Abdul Aziz (USAS) yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar universiti dan graduan mengenai ekosistem francais.

Hamizah berkata, Pernas akan menyediakan latihan modal insan dan konsultasi peniagaan, latihan keusahawanan, pembangunan perniagaan serta francais dan latihan industri kepada pelajar dan graduan USAS. 

“MoU pada hari ini juga menjadi titik permulaan kepada Pernas untuk mengadakan kerjasama dengan universiti lain pada masa hadapan,” katanya. 

Selain itu, turut berlangsung sesi penyampaian cek replika, sijil penghargaan kepada peserta Projek Excelerator, Program Pembangunan Francais, surat tawaran program BIT Pernas. -KOSMO!ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI