fbpx

Jangan buat spekulasi penemuan tengkorak dan tulang manusia, tunggu keputusan DNA – Polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD ZAMRY menunjukkan tengkorak manusia yang ditemui kira-kira 300 meter dari lokasi kediaman seorang warga emas yang dilaporkan hilang secara misteri di Kampung Tungku Tiga, Segamat.

SEGAMAT – Keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas tengkorak, geraham dan cebisan tulang yang ditemui di Kampung Tungku Tiga di sini, 4 Jun lalu akan diketahui dalam masa terdekat.

Menurut Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah, ujian DNA itu nanti akan menentukan sama ada tulang-tulang tersebut sah milik seorang warga emas lelaki berusia 80 tahun yang dilaporkan hilang pada 20 September 2022 lalu atau sebaliknya.

“Kita tunggu laporan daripada pihak forensik dan patalogi dahulu. Tidak lama lagi mungkin dapat keputusan.

“Seorang lelaki melaporkan kepada polis penemuan tengkorak dan cebisan tulang rangka dipercayai manusia di sekitar kawasan kebun sawit tersebut pada 4 Jun lalu.

“Tengkorak dan cebisan tulang berkenaan ditemui kira-kira pukul 5.47 petang oleh seorang lelaki tempatan yang menunjukkan lokasi penemuan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

WARGA emas yang dilaporkan hilang secara misteri pada September tahun lalu berhampiran rumahnya di Kampung Tungku Tiga, Segamat.

Tambah Zamry, tulang berkenaan dijumpai kira-kira 300 meter dari lokasi kediaman mangsa warga emas yang dilaporkan hilang secara misteri oleh keluarganya pada 20 September tahun lalu.

Ujarnya, orang ramai jangan membuat sebarang spekulasi ada atau tidak kaitan dengan warga emas lelaki yang dilaporkan hilang itu.

“Siasatan pihak polis di lokasi tidak menemui pakaian milik mangsa dan sebarang pengenalan diri. Setakat ini, kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” ujarnya.

Tengkorak serta cebisan tulang yang ditemui kemudiannya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Daerah Segamat (HDS) untuk pemeriksaan lanjut oleh pakar patologi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI