fbpx

Euro 2024: Prestasi Haaland kecewakan Norway

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAALAND gagal memberikan aksi diharapkan oleh Norway biarpun meledak gol menerusi sepakan penalti. – AFP

OSLO – Jurulatih Norway, Stale Solbakken mengakui penye­rangnya, Erling Haaland bermain dalam keadaan penat ketika tewas 1-2 kepada Scotland pada aksi Kumpulan A kelayakan Euro 2024 di Stadium Ullevaal awal pagi semalam.

Meskipun menjaringkan gol pembukaan menerusi sepakan penalti pada minit ke-61, namun ia masih belum cukup untuk memastikan tiga mata apabila Scotland bangkit hasil jaringan Lyndon Dykes dan Kenny McLean di penghujung perlawanan.

Solbakken berkata, Haaland langsung tidak boleh mengikut rentak permainan sehingga menyebabkan pemain Manchester City itu meminta dia dikeluarkan pada minit ke-84 dan digantikan dengan Mats Moller Daehli.

“Dia (Haaland) memberitahu kepada saya supaya dikeluarkan lebih awal, tetapi saya membiarkan dia beraksi 10 hingga 12 minit lebih lama. Pada penghujung permainan, kami seolah-olah bermain 10 orang.

“Haaland benar-benar tidak dapat beraksi seperti biasa ketika perlawanan hampir ke
penghujung. Sebelum ini pun dia pernah bermain lebih kurang 60 minit sahaja,” katanya.

Kekalahan itu menyaksikan peluang Norway untuk mela­yakkan diri ke pusingan akhir Euro 2024 tahun depan sema­kin tipis apabila mereka sekadar menghuni tangga keempat kumpulan dengan satu mata.

Untuk rekod, hanya dua pa­sukan teratas akan melayakkan diri ke pusingan akhir dengan menyaksikan Scotland mendahului saingan Kumpulan A selepas mengumpul sembilan mata diikuti Georgia dan Sepanyol. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI