fbpx

MotoGP: Martin ambil risiko raih kemenangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARTIN (tengah) mengambil risiko memintas Miller (kiri) dan Bagnaia (kanan) serentak untuk memenangi perlumbaan pecut pada GP Jerman. - AFP

SACHSENRING, Jerman – Pelumba Pramac Racing, Jorge Martin mengakui keberanian yang dipamerkan di atas litar untuk memintas dua pelumba menjadi faktor utama dapat melakar kemenangan perlumbaan pecut Grand Prix (GP) Jerman kelmarin.

Pada perlumbaan pecut tersebut, Martin yang memulakan saingan di petak keenam bijak mencari ruang dengan memintas pilihan utama, Francesco Bagnaia dan Jack Miller untuk merekodkan kemenangan.

Bagnaia yang juga juara dunia tahun lalu cuba untuk mengejar Martin terpaksa akur di tempat kedua dengan pelumba pasukan KTM, Miller melengkapkan podium tempat ketiga di Litar Sachsenring.

Menurut Martin, keputusan untuk memintas dua pelumba serentak adalah sesuatu yang cukup berisiko memandangkan potensi untuk terlibat dalam kemalangan agak besar.

“Saya telah melihat sedikit ruang pada pusingan keempat dengan kedua-dua pelumba berada dalam keadaan terbuka sekali gus membolehkan saya untuk memintas Bagnaia dan Miller.

“Ia adalah keputusan yang berisiko kerana potensi untuk kemalangan sangat tinggi tetapi inilah yang perlu dilakukan jika anda mahu menang perlumbaan pecut pada mana-mana GP.

“Apa yang pasti, saya sangat gembira dengan keputusan yang cukup positif ini memandangkan Bagnaia khususnya sentiasa memberikan tentangan sengit sehingga ke garisan penamat,” kata pelumba berusia Sepanyol berusia 25 tahun itu.

Sebagai rekod, perlumbaan pecut telah diperkenalkan oleh MotoGP pada semua GP bermula tahun ini dengan Bagnaia telah menang tiga kali, Brad Binder (dua kali) dan Martin (dua kali). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI