fbpx

Suami isteri reda jaga tiga anak sakit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aishah dan Mohd. Shahrul bersama anak-anak mereka ketika ditemui di rumahnya di Taman Ilham, Kluang baru-baru ini.

KLUANG – Setiap insan mempunyai jalan ujian berbeza dan bagi pasangan suami isteri di Taman Ilham di sini, Allah me­ngirimkan ujian berat buat mereka selepas dianugerahkan tiga anak yang mempunyai penyakit berkepala besar atau nama saintifiknya, hydrocephalus.

Nor Iman, 11, anak sulung pasangan Aishah Mohd. Saleh, 31, dan Mohd. Shahrul Hassan, 35, terlantar sejak kecil dan memerlukan jagaan rapi.

Anak kedua mereka pula, Nor Raihan Shah, meninggal dunia ketika berusia sebulan di Hospital Kuala Lumpur.

Pasangan itu sekali lagi diuji apabila anak keempat mereka, Nor Rahil Raihan, 2, disahkan menghidapi kegagalan kedua-dua buah pinggang, namun tidak boleh dilakukan rawatan dialisis kerana berisiko tinggi.

Aishah yang bekerja sebagai tukang cuci berkata, tiada apa perlu disedihkan mereka suami isteri kerana sudah reda dengan ujian itu selain percaya Allah sudah menitipkan hadiah istimewa buat mereka satu masa nanti.

“Anak lelaki kedua meninggal dunia selepas mendapat jangkitan kuman apabila selesai menjalani pembedahan pada 2011.

“Anak lelaki saya yang ketiga, Nor Izzul Islam, 5, bagaimanapun normal seperti orang lain dan pada saya semua ini ujian yang Allah beri’,” katanya ketika ditemui di kediamannya
di Taman Ilham di sini baru-baru ini.

Aishah berkata, kedua-dua anaknya yang sakit ekoran lebihan cecair dalam kepala memerlukan jagaan rapi kerana mereka terlantar dan si kecil pula lebih lagi kerana buah pinggangnya sudah rosak.

Ujar wanita itu, mereka bagaimanapun berterima kasih kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Baitulmal ke­rana menghulurkan bantuan untuk kedua-dua anaknya sejak kecil.

“Anak sulung saya terima RM350 sebulan daripada JKM dan si bongsu pula mendapat RM350 dan RM300 sebulan da­ripada Baitulmal,” katanya.

Orang ramai yang ingin memberikan sumbangan boleh meng­hubungi Aishah di talian 017-7836472 atau Mohd. Shahrul di talian 017-7279221 atau akaun Maybank, Aishah Mohd. Saleh 151061655960.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI