fbpx

PRN: Kerjasama BN-PH Pulau Pinang di tahap terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kon Yeow (tengah) ketika menyempurnakan majlis pecah tanah projek penyediaan semula dan konservasi parit kubu (Moat) di tapak Kota Cornwallis, hari ini.

GEORGE TOWN – Kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang berada pada tahap terbaik bagi menghadapi parti lawan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) meskipun terdapat dakwaan gabungan politik itu tidak mesra antara satu sama lain.

Bagaimanapun, Pengerusi PH Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, beliau mengakui terdapat percanggahan kepentingan yang perlu diuruskan antara PH dan BN sehingga kesemua pihak mencapai permuafakatan dan persefahaman antara mereka.

“Ini satu permulaan (kerjasama PH-BN), ada percanggahan kepentingan yang perlu diuruskan.

“Ia sehingga (semua pihak) mencapai satu permuafakatan, persefahaman yang lebih erat dan faham falsafah serta matlamat tujuan parti-parti politik yang bergabung itu. Ia memerlukan masa juga,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, Kon Yeow menghadiri majlis pecah tanah projek penyediaan semula dan konservasi parit kubu (Moat) di tapak Kota Cornwallis.

Kon Yeow mengulas mengenai dakwaan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa hubungan antara PH dan BN dilihat tidak mesra antara satu sama lain walaupun berada dalam satu gabungan politik.

Mengulas lanjut, Kon Yeow berkata, sebelum ini kerjasama antara DAP dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) juga pernah amat mesra.

“Kerjasama kami dan Bersatu pun satu ketika amat mesra sehingga ada orang yang tidak mahu mesra kepada kami,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI