fbpx

Bawa telefon bimbit ke tandas risiko sebar kuman, buasir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster yang dikongsi Public Health Malaysia di laman Facebooknya.

PETALING JAYA – Sesetengah individu pastinya mempunyai tabiat suka membawa telefon bimbit ke tandas tidak kiralah sama ada di rumah mahupun ketika berada di luar rumah.

Namun, tahukah anda bahawa membawa gajet tersebut boleh membawa kemudaratan dan mengundang pelbagai penyakit.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Public Health Malaysia (PHM), duduk terlalu terlalu lama di tandas boleh menyebabkan risiko buasir.

Jelas PHM lagi, telefon bimbit juga berisiko untuk terjatuh dan bunyi dari gajet tersebut turut menggangu privasi orang lain.

“Selepas menggunakan tandas kita akan membasuh tangan dengan sabun, tetapi kita tidak akan membasuh telefon bimbit.

“Oleh itu, kuman dari tandas akan dibawa ke tempat lain termasuk meja makan dan bilik tidur,” katanya.

Justeru, PHM menasihatkan orang ramai supaya tidak membawa telefon bimbit ke tandas kerana ia tidak ‘hygiene’.

Malah tambah PHM, masa yang sesuai untuk membuang air besar secara sihat adalah tidak lebih dari 10 minit.

“Selesaikan hajat dengan segera dan tidak perlu duduk terlalu lama,” tegasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI