fbpx

Pemuda tular tunda motosikal di Plaza Tol Juru ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman video seorang penunggang motosikal menunda sebuah motosikal lain dalam keadaan berbahaya berhampiran plaza tol Juru, Bukit Mertajam

SEBERANG PERAI – Polis mengeluarkan notis saman ke atas seorang penunggang motosikal selepas videonya menunda sebuah motosikal lain secara berbahaya berhampiran plaza tol Juru, Bukit Mertajam, di sini tular hari ini.

Terdahulu, rakaman video berdurasi 13 saat yang di muat naik di akaun Twitter portal berita MyNewHub tular di media sosial kira-kira pukul 2.21 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, pihaknya telah terkesan dengan rakaman video yang mendapat 10 tanda suka, satu komen dan enam perkongsian itu.

“Susulan kejadian itu juga iaitu kira-kira pukul 3.30 petang, penunggang terbabit iaitu seorang lelaki tempatan berusia 20-an berjaya ditahan Dia kemudian disaman di bawah Kaedah 53(1) LN166/59 iaitu menunda kenderaan di lorong kecemasan,” katanya di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI