PETALING JAYA – Pas perjalanan bulanan tanpa had RM5 akan diperuntukkan kepada pelajar dan golongan orang kelainan upaya (OKU).
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, golongan pelajar itu terdiri daripada Tahun 1 hingga Tingkatan 6.
“Pas perjalanan itu melibatkan tren komuter Lembah Klang, komuter utara, tren Kuala Lipis-Tumpat dan tren Sabah jajaran Beaufort-Tenom.
“Selain itu, RM300 juta diperuntukkan untuk meneruskan inisiatif pas perjalanan tanpa had My30 dan meluaskan penggunaannya ke bandar Kuantan dan Pulau Pinang,” katanya pada Pembentangan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat hari ini. – K! ONLINE