fbpx

Pembahagian kerusi BN- PH sudah 90 peratus selesai – Tok Mat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad menyampaikan sumbangan sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PVATM Cawangan Rembau kali ke-47, di sini, hari ini. - FOTO/ NOR AINNA HAMZAH

REMBAU – Pembahagian kerusi Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri tidak lama lagi dianggarkan sudah selesai 90 peratus.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, bagaimanapun terdapat antara satu hingga dua kerusi di kesemua negeri yang masih belum dapat diputuskan dan memerlukan keputusan membabitkan rundingan presiden parti.

“Ia di peringkat yang menggalakkan, hampir 90 peratus cuma satu dua kerusi yang akan kita rujuk kepada Jawatankuasa Majlis Presiden…
Biarlah presiden-presiden parti yang berunding. Kami di peringkat jawatankuasa dah berunding tapi ada satu dua kerusi yang masih bertindih.

“Bila bertindih tu semua nak kerusi tu sebab semua rasa masing-masing ingat semua menang. BN pun nak, PH pun nak, jadi kita pulangkan kepada Majlis Presiden untuk menentukan, untuk melihat dari segi kaca mata yang lebih luas lagi.

“Semua negeri ada satu dua kerusi (bertindih), belum ada yang 100 peratus selesai… Kita tak mahu disebabkan satu dua kerusi ini dia (parti) punya kerja terbantut,” katanya kepada pemberita ketika ditemui sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Vateren Angkatan Tentera Malaysia (PV ATM) Cawangan Rembau kali ke-47, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Mohamad menyatakan bagi kerusi yang sudah dimuktamadkan, setiap parti sudah boleh memulakan gerak kerja bagi menghadapi PRN yang mana setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) dijangka dibubarkan hujung bulan ini.

“Yang (kerusi) dah setuju, masing-masing dah tahu siapa, mana, dia (parti) boleh buat (gerak kerja bertanding). Macam di Negeri Sembilan, 16 kerusi kita dah lock (kunci), ada satu dua kerusi misalnya kami (BN) nak, PH pun nak. Itu kita letak di bawah Majlis Presiden,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI