fbpx

Rania, bakal peguam suka kumpul emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RANIA berhasrat dapat membantu ramai ibu tunggal yang mahukan pembelaan apabila bergelar peguam.

Kata orang tidak kenal maka tidak cinta. Perumpamaan itu boleh dikaitkan dengan Rania Al-Sadat Syaraff Al-Sadat, 22, gadis Pesona Ahad minggu ini.

Dia yang pada mulanya menyifatkan menyambung pengajian dalam jurusan undang-undang sukar akhirnya ‘jatuh hati’ de­ngan bidang berkenaan berkat dorongan ibu dan bapanya.

Kepada Kosmo! Ahad, gadis manis yang lebih mesra dipanggil Rania berkongsi mengenai perancangannya mahu bergelar peguam demi membantu ibu tunggal.

Kosmo! Ahad: Ceritakan mengenai diri Rania?
Rania: Rania suka simpan barangan kemas dan gemar membuat kek pada waktu lapang. Saya juga aktif dan mempu­nyai lesen menyelam pada tahun 2014.
Dua tahun lepas, Rania pernah pergi menyelam tetapi waktu itu dalam keadaan tidak sihat dan Rania cedera.
Gegendang telinga Rania se­belah kiri mengalami kecede­raan sampai berdarah dan dimasukkan ke hospital akibat tekanan dalam air.

Kenapa suka kumpul emas?
Rania mula kumpul emas masa umur 20 tahun. Bagi Rania, emas ni sangat berharga sebab makin lama makin mahal. Kalau ada design yang Rania suka, pasti saya akan beli.

Ceritakan tentang aktiviti selam?
Melalui aktiviti ini Rania berpeluang meneroka kepelbagaian dunia hidupan bawah air, ada ikan, batu karang yang sangat unik dan cantik. Rania berharap satu hari nanti dapat melakukan aktiviti selam di pulau-pulau yang terdapat di Maldives.

Peguam, pilihan sendiri atau keluarga?
Seperti yang kita tahu jurusan undang-undang agak sukar, banyak yang perlu dibaca dan hafal.
Tidak pernah terlintas di hati ini untuk menyambung pengajian dalam bidang undang-undang, namun semuanya berkat sokongan ibu dan bapa yang ­akhirnya buatkan saya seronok dan jatuh hati.
Azam saya untuk bantu orang susah yang memerlukan ­khidmat guaman seperti ibu tunggal, golongan yang tertindas dan memberi perlindungan kepada mangsa.

Content creator, model kerjaya utama atau sampingan?
Semuanya bermula pada usia 16 tahun, saya dapat banyak tawaran jadi model produk kecantikan dan busana.
Dari situ timbul minat dan sempat ke kelas peragaan tetapi ini hanyalah hobi, platform Rania jana duit lebih dan bukan kerjaya utama saya.

Target untuk berdua?
Belum lagi sebab sibuk dengan kerjaya dan belajar. Cuma Rania harap ditemui dengan lelaki yang baik dan boleh bersama-sama memperbaiki kelemahan diri.

Tentang diri Rania yang orang tidak tahu?
Rania pernah buat bisnes kecil-kecilan, jual kek secara online dan juga buka booth di beberapa tempat jualan.

Tip Rania kekal cantik?
Tidur awal, makan makanan yang bernutrisi tinggi seperti buah-buahan dan sentiasa bersenam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI