fbpx

Lapangan terbang upah kucing tenangkan penumpang gugup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Morris bersedia untuk menenangkan penumpang. - Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco

SAN FRANCISCO, CALIFORNIA – Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco ‘menggaji’ seekor kucing untuk membantu mengurangkan rasa gugup yang dialami penumpang sebelum menaiki penerbangan, lapor akhbar Metro UK, semalam.

Kucing bernama Duke Ellington Morris itu mempunyai akaun Instagramnya sendiri.

Kucing baka Moggy berusia 14 tahun itu terlibat dalam program ‘Wag Brigade’ yang turut disertai beberapa haiwan lain.

Program yang dilancarkan pada 2013 itu menggunakan haiwan yang dilatih khas untuk membantu menenangkan penumpang yang gugup sebelum penerbangan. 

Pasukan itu dahulunya terdiri daripada beberapa ekor anjing, namun kini disertai Morris, si arnab Alex dan si babi LilLou. 

Semua haiwan itu diperakui oleh Persatuan Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan San Francisco (SPCA San Francisco) dan menjalani Program Terapi Bantuan Haiwan (ATT). – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI