PETALING JAYA – Sebanyak RM500 akan diberikan secara one-off kepada imam, bilal, siak, noja, merbut, guru takmir dan KAFA.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, selain bantuan one off, kadar elaun guru takmir juga dinaikkan kepada RM900 sebulan.
“Bagi memartabatkan syiar Islam kerajaan memperuntukan RM1.4 bilion bagi hal ehwal Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri,” katanya pada Pembentangan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat hari ini. – K! ONLINE