fbpx

PM dilabel ‘Islamist’ kerana perluas peranan Jakim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar beramah mesra dengan orang ramai dan pelajar pada Majlis Sambutan Jubli Intan SMA Nahdhah Hasanah Melele di Kodiang, dekat Jitra, hari ini. - Foto oleh SHAHIR NOORDIN.

JITRA – Perdana Menteri mendedahkan beliau ditentang sekelompok kecil bukan Islam yang menyifatkan dirinya sebagai ‘Islamist’ susulan tindakannya memperluaskan peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu, beliau mahu Jakim bukan sahaja membicarakan soal agama dan perundangan Islam, malah semua aspek dalam kehidupan.

“Jakim sekarang di bawah pentadbiran saya sebagai Perdana Menteri, ia telah diperluaskan tugas yang mana perlu turut membicarakan soal ekonomi, lihat program digital dan kurikulum pendidikan.

“Saya mahu Jakim memainkan tanggungjawab lebih luas supaya nilai Islam itu dapat diterapkan,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Jubli Intan Sekolah Menengah Agama (SMA) Nahdhah Hasanah Melele di Kodiang, dekat sini hari ini.

Walau bagaimanapun, katanya, usahanya itu ditentang oleh sekelompok kecil masyarakat bukan Islam yang tidak faham tentang perkara tersebut.

“Dia kata Anwar sekarang ini mempamerkan sikap ‘Islamistnya’ yang kukuh dan cuba diselindungi selama ini dengan mengarahkan Jakim kuasai semua sistem, ini haprak punya pandangan,” ujarnya.

Menurut Anwar, kelompok masyarakat tersebut perlu memahami usahanya berhubung peranan Jakim itu adalah demi kebaikan semua pihak.

Jelasnya, jika umat Islam tidak mendapat kefahaman dalam ajaran Islam yang tepat adalah dibimbangi berlaku pertembungan antara masyarakat yang lebih serius pada masa hadapan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI