fbpx

Bekalan barangan keperluan harian mencukupi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

PUTRAJAYA – Kerajaan memberi jaminan bekalan barangan keperluan mencukupi dan mampu menampung keperluan dalam negara secara berterusan serta mudah diperoleh.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah membuat pemantauan harian ke atas 12 jenis bekalan barangan di 686 premis perniagaan termasuk peruncit (492), pemborong (167) dan pengilang (27).

Katanya, pegawai penguat kuasa KPDNHEP juga telah melakukan 711 pemeriksaan khas Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan mendapati 701 premis mematuhi SOP yang telah ditetapkan manakala 10 premis diberi nasihat kerana tidak patuh SOP.

“Dalam tempoh PKPP ini, kerajaan ingin menggesa pengusaha dan orang ramai supaya sentiasa mengamalkan kawalan kendiri termasuk penjarakan sosial dan kebersihan diri terutamanya dalam aktiviti jual beli barangan keperluan harian,” katanya.

Beliau berkata, sejak 20 April hingga semalam, sebanyak 13,125 pemeriksaan telah dilakukan anggota penguat kuasa Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) yang melibatkan 7,794 tapak binaan di seluruh negara.

“Anggota penguat kuasa CIDB telah membuat pemeriksaan di 23 tapak binaan di seluruh negara.

“Daripada jumlah itu, 22 tapak pembinaan mematuhi SOP yang telah ditetapkan, manakala satu tapak tidak beroperasi,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI