fbpx

Isu tular warga China dapat MyKad berlaku 2019- Saifuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan. -Foto TWITTER SAIFUDDIN

PUTRAJAYA- Beberapa hantaran tular di aplikasi media sosial termasuk Whatsapp yang mendakwa beberapa individu warganegara China memperoleh Mykad disifatkan berlaku pada 2019 dan bukannya ketika pemerintahan Kerajaan Madani.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, susulan itu, pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terlibat juga sudah ditangkap dan sedang dibicarakan di mahkamah.

“Kes ini berlaku tahun 2019, bukan Kerajaan Madani. Masa ini Tan Sri Muhyiddin Yassin ialah Menteri Dalam Negeri, saya pun yakin beliau tidak terlibat. Pegawai JPN berkenaan sudah ditangkap, disiasat dan sedang dibicarakan.

“Pemegang MyKad terbabit juga sudah diusir balik negara asalnya,” katanya dalam satu ciapan di Twitter hari ini.

Katanya, kerajaan ketika juga sering berdepan pelbagai serangan di media sosial di mana pihaknyerlibat memainkan sentimen kaum bagi memperoleh keuntungan politik masing-masing.

“Luas sekali berlegar dalam group whatsapp isu warga china dapat MyKad. Seperti biasa serangan ditala kepada Kerajaan Madani tanpa rasa bersalah untuk semak maklumat.

“Asal dapat mainkan sentimen kaum dan dapat keuntungan politik mereka puas hati,” katanya.

Pada 9 September 2019, JPN membuat laporan polis terhadap beberapa pemilik akaun media sosial yang menyebarkan maklumat palsu berhubung pemberian MyKad kepada warga China untuk membolehkan mereka tinggal di negara ini.

Pada tahun sama, media juga melaporkan beberapa pegawai kerajaan berpangkat tinggi ditahan dalam operasi khas bagi membantu siasatan berhubung kegiatan menjual MyKad kepada warga China di Pulau Pinang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI