fbpx

Pembabitan pemimpin politik dalam judi ‘online’ disiasat – KPN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Acryl Sani.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkongsi maklumat bagi menjalankan siasatan berhubung pemimpin politik yang melindungi pengendali platform perjudian dalam talian di negara ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya telah menerima maklumat terdapat penglibatan pihak politik dalam aktiviti judi dalam talian.

“PDRM dan SPRM sedang berkongsi maklumat siasatan bagi menentu sahkan dan menjalankan siasatan lanjut berhubung perkara tersebut.

“PDRM mengulangi komitmen tidak akan membiarkan kegiatan yang menimbulkan kemudaratan kepada masyarakat dan negara serta segala langkah yang diambil adalah berteraskan undang-undang,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Kelmarin, media melaporkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan terdapat ‘naungan politik’ yang melindungi pengendali platform perjudian dalam talian di negara ini.

Jelas Saifuddin, hal demikian menjadi kekangan terbesar dihadapi Kementerian Dalam Negeri (KDN), PDRM dan kerajaan untuk membanteras kegiatan berkenaan daripada terus berleluasa.

Saiffuddin berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk R Ramanan (PH-Sungai Buloh) yang ingin mengetahui jika benar wujud naungan politik dalam kegiatan perjudian dalam talian haram.

Mengulas lanjut, Saifuddin memaklumkan, Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Akta Pertaruhan 1953 perlu dipinda segera agar pengendali platform berkenaan boleh dihadapkan ke muka pengadilan.

Kata beliau, pihak yang menyediakan platform perjudian dalam talian itu boleh mengaut keuntungan sekitar RM200 juta seminggu.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI