fbpx

KPM rancang wajibkan pendidikan prasekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina bergambar bersama tetamu termasuk pelajar lepasan SPM pada Sesi Motivasi bersama Cikgu Menteri di Alor Setar, semalam.

ALOR SETAR – Kementerian Pendidikan (KPM) mempunyai perancangan untuk turut mewajibkan pendidikan prasekolah sebagai usaha menangani isu keciciran dalam kalangan murid dan pelajar.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya menyasarkan kadar enrolmen yang tinggi bagi peringkat prasekolah iaitu mencapai sehingga 90 peratus, berbanding 80 peratus ketika ini.

“Enrolmen prasekolah sekitar 80 peratus manakala sekolah menengah 78 peratus, jadi ia agak rendah jika dibandingkan dengan sekolah rendah yang kita telah wajibkan iaitu 98 peratus.

“Jadi kita ada dua segmen pelajar yang perlu diberi tumpuan iaitu prasekolah dan sekolah menengah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Sesi Motivasi bersama Cikgu Menteri di sini semalam.

Walau bagaimanapun, kata beliau, cadangan mewajibkan pendidikan prasekolah memerlukan sedikit masa berikutan kekurangan infrastruktur.

“Sekarang ini pun kita sudah tambah 118 (kelas prasekolah) dan ia akan ditambah dari semasa ke semasa,” ujarnya.

Kata beliau, bagi tujuan itu, pihaknya akan memulakannya dengan melakukan advokasi bersama golongan ibu bapa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI