fbpx

Mohamad Sabu masuk hospital, jalani pembedahan apendik malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad

PUTRAJAYA- Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dimasukkan ke Hospital Putrajaya hari ini bagi menerima rawatan penyakit apendik yang dialaminya.

Perkara itu dimaklumkan Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menerusi satu kenyataan akhbar yang turut memaklumkan Mohamad Sabu akan menjalani pembedahan pada malam ini.

“Beliau dijadualkan menjalani pembedahan appendicitis pada malam ini atas nasihat pakar perubatan.

“Kesihatan beliau kini dalam keadaan stabil dengan pemantauan rapi.

“Atas nasihat pihak hospital, buat masa ini hanya ahli keluarga terdekat yang dibenarkan melawat beliau,” kata kenyataan itu sebentar tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI