fbpx

Wanita cari ‘ibu baharu’ untuk bayinya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seorang wanita menawarkan bayi yang dikandungnya untuk dijaga indvidu lain selepas dia bersalin bulan hadapan.

Menerusi perkongsian di aplikasi TikTok, wanita terbabit memaklumkan bahawa bayi yang dikandungnya itu adalah anak luar nikah dan kandungannya kini berusia lapan bulan.

Malah kata wanita itu, dia tidak meminta sebarang bayaran dan hanya memerlukan individu yang ikhlas untuk menjaga bayinya itu.

“Asssalamualaikum, saya ada baby (bayi) dalam kandungan sekarang dah lapan bulan due (tarikh bersalin) saya bulan depan.

“Saya nak bagi orang ikhlas jaga anak saya. Saya tak minta satu sen pun, minta tolong jaga sahaja. Saya kandung anak luar nikah, harap faham, tolong jangan kecam,”kongsi wanita itu.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna TikTok menawarkan diri untuk menjaga bayi tersebut apabila wanita itu bersalin.

“Meh akak jagakan, nanti kalau adik dah rasa mampu untuk jaga, adik boleh je ambil anak adik tu bila-bila,”tulis @SueAnna Esa

“Bagi akak je lah dik, akak dah kahwin 18 tahun, 1.6 lalu akak baru operate (bedah) buang fibroid sekali rahim,”kata @emy danisha.

Pada masa sama, ada juga pengguna bangga kerana wanita itu tidak membuang bayi itu seperti dilakukan sesetengah individu lain.

“Tahniah adik, adik tak buang baby tu, adik bagi pada orang yang boleh jaga baby tu. Keputusan yang bagus, kakak bangga dengan adik,” ujar @hidayah.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI