BAGAN SERAI – Seluas lima ekar tanah hutan di Bukit Jalan Kubu Gajah Semanggol di sini telah terbakar pada petang tadi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan tentang kejadian itu pada pukul 4.36 petang.
“Sebaik sahaja menerima maklumat, anggota Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Serai segera menuju ke lokasi untuk memadam kebakaran.
“Mengikut maklumat kebakaran pada peringkat awal hanya berkeluasan sekitar 100 meter persegi namun merebak hingga seluas 5 ekar,” katanya dalam satu kenyataan.
Walaubagaimanapun kebakaran tersebut tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa. -KOSMO! ONLINE.