TEL AVIV – Sebilangan penumpang yang menaiki penerbangan Ryanair ke Tel Aviv berang selepas seorang pramugari merujuk destinasi tersebut sebagai sebuah bandar di Palestin, lapor laman berita Now This News semalam.
Menurut World Israel News, beberapa penumpang menyuarakan bantahan terhadap pramugari tersebut yang mengumumkan bahawa mereka akan mendarat di Palestin dan bukannya Israel.
Pesawat itu mendarat di sebuah lapangan terbang di Tel Aviv.
Kumpulan penumpang itu mendesak pramugari berkenaan sama ada membetulkan kenyataan tersebut atau meminta maaf.
Bagaimanapun, terdapat penumpang lain yang memberitahu sebuah saluran berita bahawa permintaan mereka ditolak dan kru kabin menuduh mereka mewujudkan gangguan dalam penerbangan.
Berita mengenai kejadian itu menjadi tular dengan ramai netizen menyokong tindakan pramugari berkenaan.
“Dia (pramugari) bercakap perkara yang benar (kawasan Israel milik Palestin),” kata seorang netizen. – Agensi