NAMA Datuk Yusof Haslam menjadi bualan ramai apabila tampil membuat ‘house tour’ kediamannya baru-baru ini.
Video yang dimuat naik menerusi akaun TikTok Skop Production tersebut mencetuskan keterujaan dan kekaguman ramai apabila dibawa melihat sendiri kemewahan milik Yusof yang terletak di pinggir ibu negara.
Dalam video berjudul berjudul Vlog di Rumah Datuk Yusof Haslam, antara yang menarik perhatian adalah pemandangan indah, keluasan kediaman dan ‘lokasi-lokasi’ ikonik yang sebelum ini pernah dijadikan sebagai set penggambaran dalam filem-filemnya.
Salah satunya ialah gelanggang badminton yang pernah menjadi lokasi filem Sembilu Kasih.
Zoo mini yang menempatkan ayam dan kambing belaannya juga antara yang mencuri perhatian netizen.
Rata-rata netizen berkata, rumah Yusof pernah menjadi kediaman idaman mereka suatu ketika dulu.
“Boleh sesat kalau jalan seorang diri dalam rumah Datuk.
“Dulu rumah Datuk pernah jadi idaman semua orang Malaysia,” komen netizen.