fbpx

Josue sedia main peranan bersama Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JOSUE (tengah) melakukan percubaan ke arah gawang ketika membantu Malaysia menang bergaya 4-1 ke atas Kepulauan Solomon pada aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak kelmarin. – PUQTRA HAIRRY

TONGGAK naturalisasi, Paulo Josue bersedia untuk sekali lagi mengetuai barisan hadapan ­Harimau Malaya bertemu pasukan Papua New Guinea pada ­Selasa depan.

Pemain tengah berusia 34 tahun itu menjadi pilihan pengendali negara, Kim Pan-gon sebagai penyerang utama sewaktu me­numpaskan pasukan Kepulauan Solomon 4-1 pada Rabu lalu.

Ternyata ‘eksperimen’ Pan-gon menjadi apabila Josue berjaya menjaringkan gol penya­maan, sekali gus membuka akaun jaringan bersama Harimau Malaya selepas tiga penampilan.

“Saya sangat gembira dan berbangga berada dalam pasukan ini. Perasaan menjaringkan gol pertama buat Malaysia juga cukup istimewa terutama di depan penyokong sendiri.

“Walaupun hanya menjaringkan satu gol berbanding deretan peluang, apa yang penting pemain memahami cara masing-masing dan banyak gerakan menarik dicipta,” katanya kepada Kosmo! di Kuala Terengganu ­semalam.

Josue memainkan peranan penting pada Rabu lalu apabila jaringan penyamaannya pada minit ke-40 mencetus kebangkitan Harimau Malaya untuk mengalahkan lawan di ranking ke-134 dunia itu.

Skuad Harimau Malaya dilihat pincang kali ini akibat ketiadaan penyerang tulen seperti Darren Lok yang cedera, manakala Shahrel Fikri Fauzi pula berdepan isu masalah kecergasan.

Keadaan itu memaksa Pan-gon merencana strategi baharu hingga menyaksikan Josue serta Faisal Abdul Halim dan Safawi Rasid beraksi di posisi itu ketika menentang Kepulauan Solomon.

Josue berkata, dia pernah bermain di posisi penyerang bersama KL City beberapa kali dan gembira sekiranya Pan-gon merasakan pendekatan itu juga boleh membantu Harimau Malaya.

Tambahnya, dia berada di kedudukan tepat dalam kotak penalti untuk menjaringkan gol penyamaan bagi membolehkan skuad kebangsaan kembali bangkit selepas ketinggalan satu gol.

“Gol itu berpunca daripada ge­rakan menarik dimulakan Syamer (Kutty Abba) serta hantaran Matthew (Davies) dan saya harap dapat menjaringkan lebih daripada satu gol, Rabu ini,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI