fbpx

Teknologi VAR pada Liga Super bermula musim depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAMIDIN (tengah) bercakap mengenai penggunaan teknologi VAR pada saingan Liga M kepada peminat bola sepak tempatan pada Sesi Townhall Presiden FAM bersama peminat bola sepak di Kuala Terengganu semalam. - PUQTRA HAIRRY

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) berhasrat melaksanakan teknologi video bantuan pengadil (VAR) pada saingan Liga Malaysia (Liga M) terutama­nya Liga Super bermula musim depan.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin, berkata, penggunaan VAR akan dapat meningkatkan kualiti Liga M di samping mengurang atau membetulkan kesilapan pengadil perlawanan.

Beliau berkata, FAM dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sudah bermula dengan menghantar 30 pengadil profesional menghadiri latihan bersama Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

“Pelaksanaan teknologi VAR ini dijangka bermula untuk perlawanan tertentu dahulu dan diharap dapat menjadi kenyataan bermula selewat-lewatnya awal tahun depan.

“MFL juga dalam masa sama sedang menyelesaikan isu kos bagi penggunaan teknologi tersebut kerana VAR sangat penting membantu pengadil membuat keputusan lebih tepat,” katanya pada Sesi Townhall Presiden FAM bersama peminat bola sepak tempatan di Kuala Terengganu semalam.

Hamidin memberitahu, kemudahan teknologi VAR mungkin tidak dapat disediakan di semua gelanggang, namun Stadium Nasional Bukit Jalil adalah satu kemestian.

Tambah beliau, FAM dan MFL melihat teknologi VAR berpeluang diuji bagi pertemuan separuh akhir Piala Malaysia hujung tahun ini tetapi masih terlalu awal untuk dimuktamadkan.

“Jawatankuasa Pengadil FAM memandang serius isu pengadil dalam Liga M yang didakwa berat sebelah dan gagal menjalankan tugas dengan baik.

“Bagi membaiki aspek berkenaan, jawatankuasa ini juga telah menubuhkan Akademi Pengadil Profesional bermula tahun ini untuk melahirkan lebih ramai pengadil berkualiti,” katanya.

Hamidi mengakui sekurang-kurangnya 60 peratus daripada aduan berhubung keputusan di­buat pengadil mempunyai asas.

Beliau menjelaskan, antara langkah diambil setiap kali berlaku kesilapan daripada pengadil adalah dengan memberi kaunseling, penggantungan perlawanan dan turun pangkat ke divi­syen rendah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN